Assalamualaikum. Lama tak update blog lepas tulis entri untuk pertandingan seo “Tip Blogging Terbaik” aritu. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah tumpang sekali join pertandingan seo tersebut.
Kebelakangan ini aku rasa tahap kerabunan mata aku ini telah bertambah. Ini mungkin disebabkan oleh tabiat harian aku yang duduk mengadap laptop dalam tempoh masa yang panjang tanpa rehat.
Ia juga mungkin disebabkan oleh pengcahayaan di bilik aku yang kurang baik. Kekurangan cahaya juga menyebabkan aku sakit mata untuk membaca tulisan di screen laptop aku ni.
Hasil dari pembacaan aku ada beberapa petua yang boleh diamalkan bagi menjaga mata kita. Antaranya ialah dengan:
Pastikan Pengcahayaan Baik
Bagi pengguna komputer atau laptop pastikan cahaya screen komputer tidak terlalu terang. Pengcahayaan yang melebihi cahaya matahari ataupun dari lampu bilik di persekitaran akan menyebabkan mata keletihan.
Kerap Kelipkan Mata
Kerap kelipkan mata sebagai senaman bagi mengelak kekeringan mata “dry eye”. Penggunaan komputer yang lama akan menyebabkan mata kurang berkelip dan ini menyebabkan berlakunya gejala “eye dry”.
Penggunaan pelembab mata seperti EyeMore juga boleh membantu untuk membasahkan mata yang kering.
Rehatkan Pandangan
Rehatkan pandangan selepas fokus terhadap screen komputer dalam jangka masa yang panjang. Rehatkan otot-otot mata dengan memandang objek yang jauh setiap 20 minit. Ini akan mengurangkan tekanan terdapat bebola mata kita.
Kajian juga menunjukkan pengguna yang merehatkan mata selama 5 minit sebanyak 4 kali sehari adalah lebih baik dan melegakan berbanding penggunakan yang merehatkan mata selama 15 minit sebanyak 2 kali sehari.
Rendahkan pandangan mata dan jauhi dari memandang aurat yang tidak sepatutnya dilihat. Selain dari dapat menjaga mata ia juga turut menyumbangkan pahala kepada kita. 

No comments:
Post a Comment